Sunday, June 6, 2010

Tanah Kompos dan E.M?

Memproses Tanah Kompos












Secara amnya terdapat pelbagai cara untuk memproses tanah baja kompos, daripada dilakukan secara manual ataupun dengan menggunakan mesin ( seperti industri atau komersial ). Pembuatan baja kompos boleh dilakukan dengan dua cara iaitu aerob( dengan bantuan oksigen) dan anaerob(tanpa bantuan oksigen). Bagi pengomposan aerob, proses pereputan bahan asas untuk dijadikan baja kompos akan dilakukan secara optimal dengan adanya oksigen. Bagi pemprosesan anaerob pula, proses pereputan bahan asas untuk dijadikan baja kompos tidak memerlukan oksigen. proses ini lebih efektif jika dilakukan dalam skala yang besar seperti mengolah hampas kelapa sawit. proses ini juga dianggap lebih efisien kerana tidak memerlukan proses pembalikan seperti yang dilakukan pada proses pengomposan secara aerob.







Memproses kompos adalah mudah dan bersederhana, meskipun tanpa peralatan industri yang lengkap, proses ini masih mampu dilakukan. Teknologi kini telah menjumpai pelbagai cara untuk mempercepatkan proses pengomposan, antara bahan yang digunakan untuk pengaktifan terdiri daripada enzim, asid pengurai dan mikroorganisma ( kultur bakteria ). kini bahan pengaktifan itu lebih dikenali sebagai E.M(effective mikroorganisme) ia mempercepatkan proses pereputan bahan organik. E.M terdiri daripada mikroorganisma baik yang diambil daripada tanah dan tanaman melalui kultur mikroorganisma dalam bentuk cecair. hasil penguraian mikroorganisma ini bukan sahaja mampu mempercepatkan pereputan malah mempercepatkan pelepasan unsur mineral, meningkatkan kesediaan unsur mineral bagi tanaman dan mampu menghapuskan bahan pengaktifan mikroorganima tidak baik(pathogen)







E.M terdiri daripada Lactobacillus sp., Actynomycetes sp., Streptomycetes sp., Rhizobium sp., mould dan yeast. penggunaan E.M pada umumnya akan menghasilkan baja kompos dengan cara yang betul serta mengikut spesifikasi diantaranya seperti berikut.







Komponen& Kandungan mineral




  • Nitrogen(N) - Lebih daripada 1.5%
  • Fosfor(P) - Lebih daripada 1.0%
  • Kalium(K) - Lebih daripada 0.5%
  • Kalsium (Ca) - Lebih daripada 3.0%
  • Magnesium (Mg) - Lebih daripada 0.4%
  • C-org - Lebih daripada 10%
  • C/N - Kurang daripada 15%
  • Boron (B) -Lebih daripada 100ppm
  • Mangan(Mn) - Lebih daripada 125ppm
  • Plumbum(Pb) - Kurang daripada 150ppm
  • Kadmium(Cd) - Kurang daripada 10ppm
  • Raksa(Hg) - Kurang daripada 1 ppm
  • Arsen(As) - Kurang daripada 10ppm
  • Kron(Cr) - Kurang 50ppm
  • Zink (Zn) - Kurang daripada 400ppm
  • Tembaga(Cu) - Kurang daripada 150ppm
  • pH - 4.0 - 8.0
  • Kadar air - Kurang daripada 25%
  • Bahan sampingan - Kurang daripada 2%

keterangan :,

Mikroorganisma yang menjadi bahan bioaktivator bagi Organic Decomposer mempunyai kemampuan menurunkan perbandingan C/N dalam waktu yang singkat dan melawan beberapa penyakit akar. Bakteria di dalam organic decomposer terdiri daripada Trichoderma Pseudokoningii dan Cythophaaga sp.




Bahan - bahan yang digunakan:,

  • Daun serai, rumput , lalang dan beberapa jenis daun hijau terpilih (Bahan Organik)
  • bahan kompos sudah matang
  • E.M
  • Air

Tanpa menggunakan sebarang sisa dan najis haiwan


kajian :,

Menghasilkan tanah baja kompos yang mempunyai kualiti untuk beberapa kebaikan untuk tanaman dan tanah serta untuk kegunaan selainnya.

Tempoh proses: 14 hari

Sifat kimia tanah kompos yang telah siap

  • pH -tidak sama
  • Ntotal - 1.3%
  • Corganic - 33.7%
  • C/N - 26.0
  • P205 - 0.8%
  • K2O - 4.21%
  • CaO - 0.67%
  • MgO - 0.53%

Hasil kajian :,

hasil dari analisa kimia, ia menunjukkan ianya sesuai untuk tanaman dan tanah yang memiliki perbandingan kadar karbon dan nitrogen di bawah 30.





Kebaikan untuk Tanah dan Tanaman

  • Menggalakkan pertunasan anak pokok
  • Menggalakkan pertumbuhan akar
  • Menggalakkan tumbesaran pokok
  • Meningkatkan kualiti produk tanaman dan kesegaran
  • meningkatkan keupayaan fotosintesis tanaman
  • menambah daya tahan tanaman daripada serangan kulat dan penyakit
  • memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • mengawal pH tanah
  • campuran tanah sesuai dan tanah kompos untuk tanaman dalam pasu, hidroponik dan konsep fertigasi
  • Membebaskan dan menghidupkan bakteria baik untuk menentang bakteria merugikan
  • Sesuai untuk tanaman sayur, buah dan pelbagai jenis tanaman
  • Boleh juga digunakan untuk campuran didalam makanan haiwan ternakan

Proses Pengomposan

  1. Pengasingan bahan asas kompos berdasarkan bahan organik
  2. Pengisaran ( shredding)
  3. Pengomposan atau memeram(composing)
  4. Pengkelasan produk (refining)
  5. Pembungkusan(Packing)

Terhasilnya tanah kompos dengan teknologi E.M yang berkualiti untuk kegunaan ladang, kebun, rumah dan ternakan.Tujuan penggunaan E.M supaya penggunaan ke atas produk bertahan lebih lama dengan bantuan mikroorganisma itu. kajian berterusan dilakukan untuk mendapatkan produk berkualiti dan tahap kebaikan yang semakin dipertingkatkan dari hari ke hari.






Tanah Kompos Organik untuk dijual

Satu Bag 1.7kg RM 1.50

Seguni 20kg RM 15.00

Satu Tan RM700.00



Kebaikan :,
  • untuk kegunaan pertanian
  • untuk kegunaan lanskap bagi merawat tanah gersang dan menanam
  • membaikpulih tanah tandus
  • anti kulat
  • kegunaan fertigasi
  • tidak perlu membaja lagi selepas menggunakan tanah kompos
  • mempercepatkan percambahan akar
  • menyuburkan tanaman
  • menghindari dari masalah kulat dan serangga perosak
  • untuk proses pembenihan

Cara Guna:,

  • Untuk tanah tandus - plau semula tanah bersama tanah kompos, jika ada tanaman taburkan tanah kompos disekeliling pokok dan gaulkan bersama tanah asal.
  • Untuk pembenihan - campurkan 1/3 bahagian tanah kompos bersama tanah yang lain kemudian taburkan biji benih atau batang benih
  • Untuk fertigasi- campurkan 1/3 bahagian tanah kompos bersama sekam padi dan tanah bakar
  • Untuk tanaman dalam pasu- tanam semula dengan campuran tanah kompos atau taburkan keatas permukaan tanah dalam pasu kemudian siram setiap hari, jangan biarkan tanah kering.
  • untuk kegunaan lanskap- untuk tanaman sedia ada, taburkan tanah kompos diatas permukaan tanah kawasan lanskap untuk menyuburkan tanaman






EFEECTIVE MICROORGANISME ( E.M )

BAJA E.M (cecair)

1 Liter RM10.00

1 Galon ( 4 liter ) RM38.00





Kebaikan :,

  • Menggalakkan pertunasan
  • untuk kegunaan semburan pada pokok
  • mematikan kulat pada batang
  • menyegarkan daun
  • mengelakkan serangan serangga
  • mempercepatkan proses tumbesaran pokok
  • untuk makanan dan minuman ternakan
  • untuk membersih kandang ternakan
  • mengurangkan kutu, lalat dan serangga berbahaya di kandang ternakan
  • untuk merawat air kolam ternakan
  • meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan
  • kegunaan dapur dan rumah untuk mencuci di bahagian yang kotor

Cara guna:,

  • Untuk tanah, campurkan sebahagian baja E.M dengan 10 bahagian air, simpan selama 1 hari kemudian siram keatas tanah mengikut sukatan.
  • Untuk daun dan batang sembur Baja E.M kearah pokok dan biarkan selama 12 jam tanpa disiram
  • Untuk kandang ternakan, campurkan baja E.M dengan 10 bahagian air, siram air baja E.M kearah najis, lantai kandang ternakan, bau busuk akan hilang
  • Untuk kolam, campurkan 100ml baja E.M bagi setiap 100 liter air

HARGA BOLEH DIRUNDING JIKA PEMBELIAN DALAM BENTUK PUKAL.

PENGHANTARAN DISEDIAKAN BAGI PEMBELIAN SECARA PUKAL...

KILANG MEMPROSES

NILAI 7, NEGERI SEMBILAN

PEJABAT

KAJANG, SELANGOR

PUSAT OPERASI JUALAN

SALAK TINGGI SELANGOR

KAJANG, SELANGOR hubungi 019-6110291

BANGI, SELANGOR hubungi 019-6110291

NILAI, NEGERI SEMBILAN hubungi 013-3642440

HULU LANGAT, SELANGOR hubungi 013-2507270

TAIPING, PERAK

MERSING, JOHOR hubungi 016-9318232

Sebarang urusniaga,pengedaran dan pertanyaan sila hubungi 019-6170730 atau 013-3642440